Perpustakaan Sekolah Kebangsaan Laksamana, Kota Tinggi, Johor.
FastCounter by bCentral
e-persis adalah merupakan perpustakaan SK. Laksamana Kota Tinggi yang menuju ke arah perpustakaan digital. Dengan kemudahan seperti "Library System Management" dan internet berkelajuan tinggi, menjadikan ia lebih mudah terurus dan berupaya memuatkan koleksi-koleksi berbentuk elektronik.
Pengwujudan laman web e-persis ini disasarkan kepada tiga golongan utama institusi pendidikan iaitu guru, ibu bapa serta murid. Bagi e-persis, penggunaan serta maklumatnya bukan sekadar boleh diperolehi di sekolah pada masa yang telah ditetapkan saja, malah ia juga boleh diakses oleh guru, ibubapa serta murid dari rumah masing-masing.
Ini bermakna laman web e-persis ini seberapa boleh akan dimuatkan dengan maklumat serta bahan berbentuk maya yang boleh dicapai atau muat-turun oleh golongan sasaran khasnya dan sesiapa sahaja umumnya.